Bahan-Bahan
untuk Ayam Hainan
(5-6 orang)
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam
Bahan-Bahan
untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan
untuk Sambal
1 biji capcicum merah
(boleh digantikan dengan lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan-Bahan
untuk Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
Bahan-Bahan
untuk Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam
Bahan-Bahan
Sampingan untuk Hiasan
1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato
(dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup)
Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)
Cara-Cara
untuk Menyediakan Nasi Hainan
1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3
kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan
goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk
nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam
periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak
sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.
Cara-Cara
untuk Menyediakan Ayam Hainan
1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan
masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang
putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub
pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam
ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan
dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan
sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh
digunakan untuk memasak sup.
Cara-Cara
untuk Menyediakan Sambal
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api
sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.
Cara-Cara
untuk Menyediakan Kicap
1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk
sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan
rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak
dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang
ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna
hijau.
Cara-Cara
untuk Menyediakan Sup Ayam
1. Masakkan
sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam
tadi.
3. Perasakan garamya dengan segera.
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan
api.
Di Malaysia, pelbagai cara masakan yang
berbeza-beza telah digunakan untuk menghidangkan Nasi Ayam Hainan di kalangan
pelbagai kaum etnik. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan
hidangan ini sentiasa berubah mengikut citarasa penggemar hidangan Nasi Ayam
Hainan.
Dengan mengikut kaedah tradisional Hainam, daging
ayam disediakan dengan cara merebus seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam
dan mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan
air jika diperlukan, segalanya adalah menurut citarasa orang Cina terhadap
penghasilan "pati asal". Pati ini tidak digunakan untuk menyediakan
nasi, sebaliknya melibatkan pati ayam yang dihasilkan khususnya untuk tujuan
tersebut, maka menghasilkan nasi yang berminyak dan berperisa yang
kadang-kadang digelar sebagai "nasi minyak".
Selain daripada itu, sesetengah tukang masak
meletakkan bahan-bahan hiasan yang istimewa ke dalam nasi dengan mengikut
kreativiti masing-masing. Mereka juga meniru gaya penyediaan nasi lemak dengan
membubuh santan kelapa ke dalam nasi tersebut.

No comments:
Post a Comment